Pages




25/01/11

BAKSIS PERSUMA VERSI PIX

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...
entri nie versi gambar ja sebab jam menunjukkan pukul 3.05 minit pagi....
(kelas pagi takda 2 over on9 sampai ke pagi....sebelum 2 cari data untuk Kaedah Penyelidikan)
otak pon dah kering...takda idea nak mengarang apa benda pon...
gambar sudah cukup menceritakan apa yang daku ingin ceritakan...ececeh....
MySpace










kenalkan adik-adik ni dari Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh....
1 gerup dengan daku dan cik dayah...(kami peserta sahaja)
manakala abang PC adalah abg Adam Afiq a.k.a abg marte...
& kakak Pc eila...

iwan-seorang yg aktif
nizam~amatlah pasif dan agak pendiam
fizi~boleh tahan...(xtau nak describe mcm mane)
anis~adik yang comei dan amat pandai melukis....
azira~juga tidak banyak bercakap dan agak blur....
xpa walau macam mana pon watak kamu akak harap bila kamu dah kenal dunia yang lebih luas kamu semua pandai menyesuaikan diri...
:))

mereka niw amat naif dan masih kabur dengan persekitaran luar...
(apa-apa pon doa daku sentiasa mengiringi mereka..semoga mereka menjadi insan yang berguna kelak)

MySpace


by iwan

hasil tangan anis (cantikkk :) )


contengan nizam...


lukisan oleh fizi (nak 2ggu dia lukis kemain lama...siap paksa2 dulu baru dia lukis...)

dan ini pula oleh nazirah (adik niw pon sampai mengeluh-geluh dan hampir give up untuk terus melukis muka dia)


*inilah hasil apabila abang PC dan kakak PC memberi arahan kepada adik-adik ini untuk melukis muka masing-masing...macam-macam rupa...hahahhaha...lain mukanya lain dilukisnya...
:))


TO BE CONTINUED.......
MySpace

24/01/11

PESUMA BAKSIS PART 10

haluuuuuuuuuuu.....berupdate jugak belog aku niw akhinya...
.........saje je tulis tajuk entri niw terbalik BAKSIS PESUMA baru betol....hehehe........
untuk pegetahuan kawan-kawan 21 hingga 23 Januari 2011 telah berlangsungnya BAKSIS PERSUMA FEP...


kat Kampung Ampangan Tanjung Karang Selangor....Hedayu Redzuan telah turut serta sebagai PESERTA...huuuuuuuu...bukan senang nak tengok dayu rezduan berbaksis ya...setahun sekali sahaja...xpon 2 3 tahun xekali....hahahhaha....
MySpace
first sampai kat kampung Sireh @ kampung ampang 2 x lah teruja sgt tengok keadaan kampung yang bersawah padi..sebab kampung saya lagi banyak padi kot...kikiki...mana leh lawan..."JELAPANG PADI MALAYSIA"
yerlah tujuan utama saya kesana bukan nak tgk padi sangat..tapi lebih kepada bebakti kepada orang kampung lat situ...(serius saya x tipu)
MySpace

DAY 1

7.30~ sampai dekat kampung sungai sireh solat beramai-ramai kat masjid...(serius takot tengok papan tanda depan masijd tu..."mayat berkapan" macam hantu bungkus pon ada..."solat lah sebelum anda disolatkan"

8.05~bertolak ke dewan terbuka homestay Sungai Sireh (KP Safwan cakap perjalan ambil masa 5 minit jew)....hahahhaha...duduk dalam bas dah mcm naik kuda n rollercoster selama hampir 14 minit kot baru sampai...hahahahah....

8.20~sampailah di dewan terbuka homestay Sungai Sireh...sampai-sampai jew terus beratur amik makanan...beratur cepat-cepat sebab semua dah lapar...hahahhahaha....makanan memang ala kampung betol...

9.00~baru setat bagi-bagi budak-budak baksis kepada keluarga angkat masing-masing...time nie memang nepes abis...hahahhaha...pasal x tau sapa mak n bapak angkat dan sape pulak budak-budak baksis yang akan jadi adik or abang/kakak angkat..kikiki...
tunggu punya tunggu saya dapat mak angkat bernama ROKIAH dengan 5 lagi adik dan kakak angkat yakni AISHAH, FADILAH, FARAH, SHUHADA, FAZLIN....

MySpace

10.30~semua dah dapat keluarga angkat masing-masing..sekarang turn balik rumah pulak...
sebelum nak bertolak balik 'MAK' pesan nanti bagitau pakcik bas berhenti kat rumah ROKIAH tau..heheheheh....okeh mak jangan wisau kami sampai punya...
masing-masing dalam bas excited nak turun kerumah mak angkat masing-masing...
rumah mak kami antara paling last...dekat dengan Sekolah Sungai Sireh dan Masjid....
ketibaan kami disambut oleh mak depan rumah...

"bilik kat depan niw kamu kongsilah yer 1 bilik 3 orang' kata mak....
okeh mak xper' kata kak long a.k.a AISHAH...hahhahaha

bilik pertama~shuhada,farah dan alin
bilik kedua~aku,fadilah dan aishah...
toilet pun ada 2 senang ckit nak mandi...
:))

mak buatkan air dan roti...sembang ramai-ramai...memang seronok sampai x ingat masa dah dekat pukul 12.30....last-last kami suruh mak tidor sebab dia dah pening kepala...

kami pulak mula lah ice breaking ramai-ramai....memang sekepala semuanya kami niw...sembang citer hantu lah,histeria lah,gelak sakan dah macam umah sendiri pulak...memang enjoy abis...
(lain kali jgn citer hantu bila time aku sakit perut..huhuhuhu...sampai pagi aqu x ke toilet)
last-last sekali semua blah balik bilik masing-masing sebab time dah menunjukan pukul 1 pagi besok dhh arr kene bangun awal...bas pickup depan umah kul 8 pagi....(cehh alik-alik jalan kaki jew)...hahahhaha...tapi dekat jew...best kot..jalan pagi-pagi hirup udara segar..jalan tepi kedai kopi ramai jew pakcik-pakcik bersidang kat situ..hahahahah....

M A L A S dah nak taip boleh x macam 2......nantikan Part seterusnya...okeh...:)))

MySpace








sementera kene jalan g sekolah kami berpose dulu...mak cakap kami kuat bergambar...hahahhaha....




16/01/11

TERBANG TINGGI

kawan-kawan sebuah kisah yang sangat bermotivasi untuk kita semua..meh lah baca...anda xkan rugi...:)

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
MySpace
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
MySpace
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

sumber dipetik dari:iluvislam...

P/S~moral of the story...kita jgn terlalu terbuai-buai dek pujian..kerana itu boleh menjadi punca kejatuhan kita..dan jangan pula terlalu mengambil berat kutukan orang lain..asal niat kita betul serta kita tahu apa yang kita cuba lakukan...:)
MySpace

15/01/11

MERDEKA @ TIDAK??

alhamdulillah....terima kasih YA ALLAH...dengan limpah kurnia-Nya...PROGRAM SIMPOSIUM KEUSAHAWANAN INTER-U 2011 KOLEJ AMINUDDIN BAKI berjalan dengan lancar(hahahah..skema pulak sebab bnyk sgt mengedit teks MC kan)...Btw Thanks U kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun x langsung menjayakan program ini...

MySpace
amat memuaskan hati kerana capai target 200 orang..dan penuh 1 auditorium Siswa...
:)

protokol pon berjalan lancar...walau saya memang x pro dgn protokol..atas bantuan dan nasihat MT2 dan juga felo2...semua on lane...


MySpace

tapi petang tadi masa post mortem...sakit perut dan mual melanda diri...
sori kpd semua AJK PERLAKSANA dan FELO2..saya terpasa balik awal...
dan x dpt ambil gmbr terakhir sama2..:(

MySpace
ni gambar mereka2...saya amat jeles okeh..tapi nk buat mcm mana..terpaksa balik atas dasar kesihatan...

kelihatan biru..itulah gaya UKM..hahahhaha...i luve u guy...:)
MySpace
now dah abis tanggungjawab utk SIMPOSIUM...tanggungjawab lain menanti...
:)

MySpace
p/s~jaga kesihatan,..dun skip ur meal okeh kalau sebizi mana anda...kalau x jd macam saya...kesihatan anda mesti dijaga..:)



salam sayang,

13/01/11

HATI

duhai diri jadilah orang yang sabar dah redha dgn setiap ujian dan cabaran...
sesungguhnya Allah tidak akan menduga umat-Nya melebihi batas kemampuan...


pupuklah diri dgn ciri-ciri ini :

Pertama
Bersyukur dengan segala yang berlaku.

Kedua
Redha dengan ketentuan Ilahi

Ketiga
Mengucapkan “Innalillah hi wain na ilaihi ro ji’un” apabila menerima musibah

Keempat
Yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya


                           ya yakinlah..setiap ujian PASTI ada hikmah menanti disebaliknya...

Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
MySpace



MALAM PERTAMA ....

Hye semua..lama x update yerr..jom kongsi pengalaman malam pertama???hahahahha....
mula2 memang teruja bangat kan..lama2 x nyampah pon ada...
Malam pertama aku biasa jer…
Aku yg bukak kan, pastu gosok-gosok belek-belek yg mane patut, push the right button, pastu cucuk terus main. Takde maknenye dah nak kiss kiss dulu. Aku tak tahan dah pasal lame sangat dah aku tunggu. Dekat setengah tahun jugak laaa kumpul duit…
First main terkial-kial gak laa carik tempat mane yg harus tekan. Dalam setengah jam camtuh ok dah. Dah familiar la orang kata. First time main dekat 3 jam aku balun sampai panas giler. Hehehehe >
Itu laa pengalaman malam pertama aku main IPHONE mase baru beli 1  tahun sudah…sekarang dah pakai dah..sebab x pandai guna...hahahhaha...malas nak mentouch2 skrin nak menaip mesej...setengah jam baru siap 1 mesej pnnyer lah mcm siput...skrg org dah sibuk dgn IPHONE 4..aqu skit x bernafsu..hahhahah...
MySpace
Korang punye kisah malam pertama pulak macam mane ????
hahahahahah....
MySpace




5/01/11

LOSSER!!!

Haruskah aku berputus asa?????
dan menjadi seorang pengalah....
seorang pejuang yg x sanggup menerima sedikit tekanan???
...menghadapi situasi yang memenatkan jiwa dan raga???

yaaaa... sesungguhnya sekarang aqu sedang menuju ke jalan untuk berputus asa....
aqu sedang menjadi seorang pengalah...
biarlah apa pandangan orang....aqu terima...
dulu aqu sendiri yang sanggup menerima..namun kenapa kini baru  aqu menolak...
kejamkah aqu??salahkan aqu??hipokritkah aqu??
atau aqu hanya mementingkan diri sendiri???
owhhh.....terpulanglah....

aqu rimas....
dalam dilema.....
dalam tekanan...
kutukan dan padangan yang cuba menjatuhkan pandangan yang menjengkilkan xkan sedikit menjejaskan aqu...
malah semakin membuat aqu lebih semangat....

wajarkah aqu membuat keputusan disaat seperti ini???
hmmm...?????

maka....besok bangunlah dengan penyelesaian..bukan dengan masalah.,..
moga besok2 hari aqu lebih positif...



DUHAI HATI.....

Masih ku ingat jelas,, saat kau hadir temani aku
berbagi ceria,, canda dan tawa berdua
hingga tercipta satu kisah yang indah
bersamamu.. hilang semua resahku..
dan hanya dirimu.. yang mampu sembuhkan lukaku..
mampukah aku mengatakan..?
mampukah aku untuk mengungkapkan..?
semua rasa yang selama ini ku pendam..
tapi..
aku tak bisa merangkai kata
aku tak bisa mengungkapkan
seakan bibir ini kaku da tak bisa bicara
mungkin rasa ini akan terus kupendam
terpendam jauh didasar hatiku
hingga aku mampu untuk melupakan
karna dirimu bukan untukku
karna hatimu tlah tertuju padanya
biarlah rasa ini kan terus tersimpan
biarlah semua kan jadi kenangan
kenangan yang terindah dalam hidupku..

p/s~miss a lots my family...:(
dihati hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...