Pages




2/09/10

ZaKat FItraH..

entri kali niw pasal zakat fitrah...
zakat fitrah niw kene bayar setahun sekali jew tau....
dan hanya pada bulan Ramadhan jew....
jgn x tau pulak zakat niw wajib bagi kaum hawa jgk...
yerlah kadang2 kita niw x amik tahu pon pasal zakat fitrah....
cam aqu niw tahu2 jew ayah yg bayarkan...
utk lebih maklumat pasal zakat fitrah baca lah kat bawah niw k...
MySpace


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:


"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


Kadar Zakat Fitrah 2010 Mengikut Negeri


Jadual di bawah adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2010/1431H untuk semua negeri-negeri di Malaysia. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri dikeluarkan oleh pusat zakat negeri masing-masing yang mana kadar ini ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.



Negeri     Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis                           6.00

Kedah                        7.00

Pulau Pinang               7.00

Perak                         7.00

Selangor                    7.00

Negeri Sembilan        6.50

Melaka                      6.50

Johor                         5.00 / 7.50 *

Pahang                       7.00

Terengganu                5.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan                   7.00

Sarawak                    5.20

Sabah                        6.80

Wilayah Persekutuan  7.00




*Mengikut jenis beras




so,kwn2 jgn lupa yer tunaikan kewajipan anda...


MySpace
Renung2kan & selamat beramal....
MySpace





















tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima....

ikhlas

0 0 Orang Dok Harap Saya Kurus: