Pages




6/09/10

rehat minda




Juruterbang Bodoh....


pesawat Air Lines sedang mengalami ganguan enjin diudara.
"may day,may day,may day...!!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radiao....
"Pesanan anda didengar jelas." kata petugas dek menara pengawas,
"harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera...!!!"
"ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"


DErma

ada la sorang laki niw datang ke sebuah rumah untuk meminta derma .Derma utk rumah orang-orang tu.Seorang budak pun membuka pintu....
Budak : derma apa abang??
Lelaki : derma utk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa utk didermakan???
Budak : nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ????


Posmen

Seorang posmen datang menghantar surat...

Posmen : "Assalamualaikum
En Sameon : waalaikumusalam
Posmen : ini umah encik Sameon yer???
En Sameon : "ya saya."
Posmen : "pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Sameon : "buat apa susah-susah nie!Apasal x pos je?!!
Posmen :"la....


GEAR

Seorang warga tua baru membeli motosikal Honda dan kebetulan ketika pulang dia terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang,lalu ditumpngkan kawanya itu.Dalam perjalanan kawanya merasakan warga tua tersebut hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyakan kawanya itu...

kawan : kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja??
warga tua : kalau gear 1 rosak ada 2 lagi gear...
kawan : ????

DOKTOR NAIK HERAN!!

Tijah : "tuan doktor adalah doktor terbaik dalam dunia "
DOktor : "sudah semestinya . Terima kasih atas pujian anda,"
Tijah : "kerana doktor, saya telah dapat satu manfaat semalam!,"
Doktor : "tapi seingat saya, puan belum pernah menjadi peakit saya pun lagi,"
Tijah : "memang pun belum lagi doktor."
Doktor : "habis itu."
Tijah : "pesakit doktor yang sakit gigi semalam adalah mak mertua saya. Dan kerana rawatan doktor ibu mertua saya meninggal.


HOSPITAL MENTAL

Seorang Nurse di hospital sakit jiwa nampak seorang pesakit sedang tulis surat.

Nurse : ko tulis surat kat sapa??
Pesakit : Aku tulis kat diri aku sendiri
Nurse : jadi...apa yang ko tulis???
Pesakt : mana aku tahu?besok pagi bila posmen antar, baru lah aku boleh baca....


BERITA BAIK & BURUK

seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau mmbuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbicang dengan lelaki tua tersebut...

Doktor : Pakcik saya ada berita yang kurang menyenangkan dan berita gembira utk disampaikan.
Pesakit : Baiklah....beritahu saya berita x baik dulu,
Doktor : Pakcik telah menghadapi Penyakit Kanser kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun utk hidup.
Pesakit : Apa!!!....saya cuma ada masa 2 tahun utk hidup!!!!!OK....apa pula berita gembiranya..???
Doktor : Pakcik juga menghidap penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi....


bushan2...layan citer2 cam niw pon best jugak...
hahahahahhahaah...

0 0 Orang Dok Harap Saya Kurus: