Pages




9/02/11

ADA APA PADA CANTIK????

Assalamualaikum dan haluuu kawan-kawan....
apakah erti cantik pada anda semua???pasti ada persepsi masing-masingkan...apa-apa pon saya hormati pandangan anda semua...
namun bagi saya kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.
(ayat sekema ckit..hahahhaha)

 
Syukur dengan ciptaan-Nya..kerana manusia itu telah dicipta sebaik-baik kejadian...


citer ini saya baca dari iluvislam.com..mengenai seorang wanita yang sedih kerana dia dilahirkan tidak cantik dan selemah lembut seperti IBU & KAKAKnya...dan orang-orang disekelilingnya selalu membandingkan dia dengan kakaknya...namun setelah mendengar nasihat dan pandangan Ustazah beliau mengalih pandangan terhadap sifat Cantik itu kepada dimensi yang berbeza...dan beliau bersyukur kerana tidak Cantik beliau tidak mudah terjerumus melakukan dosa.....
  • Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan ni. Disebabkan tidak cantik,tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

  • Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

  • Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

  • Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekalian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

so kalau dah cantik luar..cantik didalam mesti seiring...
:))

MySpace



(sekadar gambar hiasan)
kiut miut budak ini....:))

saya pon x rasa saya cantik...tapi kiut 2 adalah lah kot...kahkahkah...
apa-apa pon saya BERSYUKUR masih dilahirkan sempurna yakni tidak OKU sepeti rakan-rakan kita yang dilahirakn tidak sempurna kan2..
dan ingatlah kawan-kawan KECANTIKAN DAN KEHANDSOMEMAN anda boleh hilang dalam sekelip mata jika Yang Maha Esa telah mentakdirkanya ....
cuba tgk kawan-kawan kita disimbah asid 2...kesian kan...
dan janganlah pula anda cuba mengubah kejadian-Nya...yakni menyuntik2 muka dan memplastikan muka anda okeh...
peace no war....!!!

p/s~saya pun masih memperbaik diri....sesungguhnya saya insan yang selalu melakukan kesalahan....jika ada kesalahan saya lakukan...tegurlah...


Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku...

Khalifah ‘Umar Al-Khattab...



MySpace


Sumber dipetik dari : ILUVISLAM.COM




0 0 Orang Dok Harap Saya Kurus: